Sunday, October 4, 2009

Manchester United & Konspirasinya

Walaupun hari ini ramai yang bergembira bila dapat makan percuma di open house hari raya, namun terdapat golongan yang bersedih. Siapakah mereka? Tentulah penyokong Manchester United. Walaupun megah dengan gelaran diantara pasukan terbaik di eropah namun hakikatnya amat menyedihkan. Jika kita mengimbas kembali beberapa minggu yang lepas pasukan MU ini telah ditewaskan oleh pasukan kerdil yang tidak pernah mengenal erti apa itu kejohanan eropah - BURNLEY.

Semalam perkara yang sama telah berulang, sekali MU tidak mampu utk mencatat kemenangan walaupun berdepan dgn satu lagi pasukan kerdil - SUNDERLAND. Keputusan seri yang dicatat amat MEMALUKAN kerana satu gol disumbangkan oleh adik (gambar) kepada pemain utama MU iaitu Rio Ferdinand. Adakah ini satu KONPIRASI bagi memastikan MU tidak kalah??? Gol dijaringkan pada minit2 terakhir membuktikan lagi KONPIRASI INI.

Adakah MU sudah tidak ada penjaring gol sehingga terpaksa meminta bantuan pemain lawan untuk melaksanakan tugas tersebut???. Ditambah hanya menentang 10 orang pemain setelah seorang lagi bekas pemain MU memainkan peranannya agar dibuang padang bagi membantu bekas pasukannya untuk mencapai kemenangan.

Pihak EPL, UEFA dan FIFA perlu segera menyiasat KONSPIRASI ini agar ia tidak akan berlaku lagi dimasa hadapan.