
Dalam kesibukan menjamu selera, terlihat satu perkara yang jarang-jarang berlaku di MKM apabila terdapat pegawai atasan yang tercari-cari tempat duduk dan terpaksa merendah diri untuk memohon kebenaran dari pegawai berpangkat rendah (low class officer) untuk mengambil kerusi yang kosong.
Itulah hakikatnya, tidak semestinya apabila kita sudah berada di atas dan mempunyai pangkat yang tinggi, semua perkara telah disediakan untuk kita. Walaupun ramai yang bergembira, ada juga yang bersedih kerana mungkin jamuan itu merupakan jamuan hari raya yang terakhir untuk beliau sebelum mengundurkan diri setelah tewas dalam perjuangannya. Dapat dilihat ramai rakan-rakan yang duduk satu meja berborak-borak di samping menyusun strategi bagi mencapai matlamat masing-masing.
Apa-apa pun tahniah kepada rakan-rakan yang menganjur jamuan ini, dan tahniah juga kepada sahabat kita En Nusi kerana buat pertama kalinya gagal untuk sampai awal ke jamuan tersebut setelah 5 tahun berkhidmat. Sekali lagi tahniah.
No comments:
Post a Comment