Wednesday, October 14, 2009

Aku Bukanlah Superman

Diego Maradona; satu nama yang gah dipersada bolasepak dunia pada suatu masa dahulu. Kini beliau merupakan seorang jurulatih pasukan terhebat dunia, Argentina. Beliau merupakan individu yang telah menjaringkan gol kontroversi semasa menewaskan pasukan England pada kejohanan dunia pada 1986.

Beliau kini sedang menghadapi suatu waktu yang amat kritikal sehingga kerjayanya sebagai jurulatih menjadi taruhan. Pasukan Argentina berada dalam keadaan genting untuk layak ke piala dunia pada tahun hadapan di Afrika Selatan. Selepas kejayaan menewaskan Peru, kini Argentina hanya perlu bergantung kepada diri sendiri untuk memastikan mereka layak secara otomatik ke piala dunia.

Maradona (gambar) meraikan gol kemenangan Argentina yang telah dijaringkan oleh palermo dalam masa kecederaan. Bagaikan dia yang menjaringkan gol, maradona begitu teruja dengan jaringan tersebut sehingga membuat layangan terbang di atas padang untuk meraikannya.

Tahniah sekali kepada Maradona dan Argentina, semua pihak berharap agar Argentina akan memenangi perlawanan terakhir mereka esok menentang uruguay yang juga memerlukan kemenangan untuk layak ke piala dunia. Pastinya perlawanan ini nanti akan menjadi satu perlawanan yang menarik.

Marila kita sama-sama menonton perlawanan ini di siaran astro 811 jam 5.55 pagi esok. Akhir kata selamat maju jaya kepada Argentina.

No comments:

Post a Comment