Monday, October 26, 2009

Red's came back

Fernando Torres dan David Ngog berjaya menyempurnakan tugas malam semalam dengan menjaringkan gol kemenangan Liverpool ke atas pasukan Man U. Walaupun bermain dengan 10 pemain selepas mascherano dibuang padang, Liverpool masih mampu menjaringkan gol dan seterusnya membuatkan Alex menggigit jari.

Liverpool mempamerkan satu tahap permainan yang tinggi sehingga pemain ManU tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan terpingga-pingga setiap kali mereka menguasai bola. Semangat juang untuk mencapai kemenangan adalah kunci kepada kejayaan Liverpool ke atas pasukan 'kerdil' - ManU.

Walaupun dibantu oleh bola pantai, ManU masih tidak mampu untuk menjaringkan gol. Ini membuktikan kesemua penyerang pasukan ini sudah hilang taring dan perlu digugurkan. Begitu juga dengan pemain pertahanan yang sudah dianggap kuda tua kerana tidak mampu untuk berlari lagi dan apa yang mampu hanya menarik pihak lawan sehingga di beri kad merah - amat MEMALUKAN.

Seperti biasa setiap kali selepas mengalami kekalahan, Alex akan memberi komen yang telah dijangka- Pengadil berat sebelah, pengadil tidak 'fit' dan pelbagai alasan lagi. Bagi 'mereka' yang tidak boleh menerima kekalahan, sejak malam tadi selepas wisel penamat telah mula mereka-reka alasan yang hendak diberi kepada 'musuh-musuh' mereka. Alangkah sedih melihat mereka ini tidak tidur malam dan ada yang tidak sanggup membalas sms rakan-rakan dan yang lebih teruk lagi mereka yang langsung tidak mahu datang ke pejabat.

No comments:

Post a Comment